hah! itu dia ayam masak merah yang dihidangkan untuk 20+ tetamu yang bertandang iftar di rumah. Amatur tapi terus masak untuk ramai orang ni -__- .. segan, dan rasa macam hendak mohon maaf pada setiap seorang yang datang untuk mana-mana yang kurang.
Lain-lain juadah yang diganding bersama, nasi tomato yang tidak berapa mencapai kualiti yang boleh dibanggakan, dan juga jelatah sayur.
Benar! masih ada ruang untuk melakukan peningkatan. insyaAllah :)
Sahabat-sahabat serumah turut sediakan murtabak daging bersama kuah kari dan juga brownies sebagai manisan. Manakala yang bertandang, masing-masing ada yang membawa buah tangan seperti bubur pulut hitam, puding karamel, lasagna, dan juga Turkish Pide.
Murah rezeki semua.. alhamdulillah.